Wednesday, August 12, 2009

Menantikan Saat Kedatangan Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

  1. Abu Hurairah menyatakan :
    Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

    -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
    Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

    - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


dipetik daripada: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

1 comment: