Monday, October 4, 2010

Mood Raya Lagi

Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Salam Lebaran....mama masih mood raya lagi....so dikesempatan ini mama nak berkongsi sedikit keriangan kami anak beranak menyambut syawal 1431H walaupun tak berjalan sesangat....
1 Syawal 1431H: Beraya di Rumah Wan & Atuk

Adli berposing dengan anak jiran nenek.

Anak mama dah pandai berposing depan camera dengan menghasilkan mimik muka yang pelbagai...."Comelkan Anak Mama Ni...?"

1 Syawal 1431H: Beraya di rumah Nenek pulak. Almaklumlah rumah wan n nenek dekat...satu taman.

Inilah keluarga mini Mama Adli....susahnya nak ajak adli berposing...heboh dia nak main....

1 comment: