Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Bubur Nasi + Brokoli














Hari ini mama bekalkan adli bubur nasi + brokoli. Harap-harap adli sukakannya.
Pagi tadi macam biasa selepas sahur mama start masak bubur . Dalam kesibukan memasak, adli pun nak bangun sahur juga...dia nak susu...mama bancuhkan 6oz...tapi adli minum 3oz sahaja...dah kenyang kot...so mama tinggalkan adli dengan papa...
Back to the kitchen, bubur adli hampir kembang...so mama rebus sekejap brokoli, basuh botol susu adli, dll...
Jenguk jap adli, rupanya dia belum tido...sedang meniarap...mama pergi dekat ...hehe rupanya adli sedang meneran...nak poo poo..biarkan adli dulu....gi dapur tengok bubur adli....dah masak, ok matikan apinya..
Misi seterusnya..bersihkan adli...
Adli dah bersih, ingat nak pergi blend nasi dia...ulit adli jap...asyiknya dia hisap jari...nak susu lagi kot...so mama bancuhkan lagi 3oz...kali ni habis...burp.....kenyang..tido dengan papa ya sayang....
Masa nak ceduk masukkan nasi adli dalam blender, mama nampak ada bendasing...huhu, spider masuk dalam bubur adli....
Temgok jam dah pukul 6.30am...sempat lagi ke nak masak ni....?tp takkan nak bagi adli makan bubur yg dah tercemar ni....
Akhirnya masak jugak...siap semua pukul 7.00am...lega..
adli tidur lagi....pukul 7.30am dia bangun, nampak mama dah bersiap,terus dia kejar mama dia, mintak dukung....tak mau kena tinggal..
hehe..nak tinggal apanya sayang...mama n papa nak pergi kerja...adli kena pergi rumah ibu...petang nanti mama jemput sayang ye...
Nanti kat rumah ibu, adli makan ye bubur yg mama siapkan ni..SEDAP...
Mama sayanggggg sama Adli...
Mama pegi work ya sayang..

Thursday, August 20, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Saturday, August 15, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Menantikan Saat Kedatangan Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

  1. Abu Hurairah menyatakan :
    Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

    -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
    Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

    - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


dipetik daripada: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

Monday, August 10, 2009