Friday, September 16, 2011

Ihsan & Tetralogy of Fallot (TOF)

Nukilan kedua mama buat Ihsan...
Anak mama Ihsan dah berumur 27 hari n dia masih di hospital bawah jagaan nurses di SCN. Setiap hari mama akan pergi melawat Ihsan tapi hari ke hari perasaan akan berubah-ubah bergantung dengan condition Ihsan. Bila la anak mama ni dapat turn ke IJN dan dapat buat operation ASAP. Mohon Allah akan permudahkan urusan Ihsan ke IJN dan semoga pembedahan Ihsan selamat dan berjaya. Amin...
Ihsan mengalami masalah jantung. Nama saintifik heart diseasenya ialah Tetralogy of Fallot (TOF). Tak pernah dengarkan...? mama pun 1st time dengar bila anak sendiri mengalami masalah ini. Namun mama redha dan memohon agar Ihsan sembuh dan sihat. Mama sayangkan anak-anak mama....Adli & Ihsan... Semoga keluarga kita dilindungi dan diberkati oleh Allah...

Sayang anak mama Ihsan....nanti dah sihat kita ambil gambar banyak2 ye....kat SCN tak boleh nak snap pic ....



Friday, August 26, 2011

Presenting...Muhammad Ihsan Bin Ashari

Salam Aidilfitri buat semua warga blog.
Lama sungguh mama adli berehat dari menghasilkan nukilan buat anak mama tersayang Muhammad Adli. Untuk makluman semua Adli dah jadi Abang kepada Ihsan. Putera kedua mama dilahirkan pada 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H pada jam 12.03 PM, 3.32kg di Putra Specialist Hospital Batu Pahat. Baby Ihsan ada masalah sikit. Jantung dia berlubang dan saluran jantung tersumbat. Sekarang ni dia berehat di Hospital Batu Pahat sementara menunggu giliran di IJN. Luluh hati mama bila tau keadaan Ihsan tapi semoga Ihsan dilindungi oleh-Nya dan kembali sihat selepas operation di IJN nanti. Mama juga berharap turn Ihsan ke IJN dipermudahkan dan dipercepatkan. Semoga semuanya selamat dan Baby Ihsan kembali sihat dan kembali bersama-sama kami sekeluaga yang teramat rindukan Ihsan. Ya Allah, Lindungilah anakku Ihsan. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan Maha Mengasihani.

Adli teman mama sesudah operation

I am a Boy....

Muhammad Ihsan Bin Ashari

Semoga Anak Mama Ihsan cepat sembuh ye...Mama Sayang Ihsan

Abang Adli dan Adik Ihsan

Saturday, May 7, 2011

Adli Akan Gembira Bila....

dapat main slide or buai laju-laju.....
pic captured @KFC Parit Raja....otw nak balik Kluang masa cuti 1st may, papa bawak lunch kat sini n ada la plk playland kat sini....apa lagi anak mama ni lagi lapar nak main dari lapar nak makan....
time nak balik lagi haru, adli nagis tak mo balik....huhu