Monday, October 4, 2010

Mood Raya Lagi

Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Salam Lebaran....mama masih mood raya lagi....so dikesempatan ini mama nak berkongsi sedikit keriangan kami anak beranak menyambut syawal 1431H walaupun tak berjalan sesangat....
1 Syawal 1431H: Beraya di Rumah Wan & Atuk

Adli berposing dengan anak jiran nenek.

Anak mama dah pandai berposing depan camera dengan menghasilkan mimik muka yang pelbagai...."Comelkan Anak Mama Ni...?"

1 Syawal 1431H: Beraya di rumah Nenek pulak. Almaklumlah rumah wan n nenek dekat...satu taman.

Inilah keluarga mini Mama Adli....susahnya nak ajak adli berposing...heboh dia nak main....

Thursday, September 30, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Demam Nak Raya....

Eh..minggu ni dah nak raya...mcm cepat sahaja masa berlalu....pejam celik..dah nak habis puasa...
Klu tengok pada tajuk entry mama ni...mesti semua ingat mama ni demam nak beraya...huhu...malangnya, mama adli memang demam, batuk & selsema..semalam mama dah MC...esok plk dah start cuti...so minggu ni 1 hari je mama kerja...
Since jumaat lepas mama memang dah tak sedap badan..agaknya sebab panas sangat kot...tapi boleh tahan lagi...so hujung minggu balik berbuka di Kluang...plan nak beli songkok Adli & Papa kat sana sekali...entah macam mana..mama dikejutkan dengan kejadian ADLI jatuh masuk longkang depan rumah mak mertua...agaknya itu yg buat mama terus demam...sampaikan dalam tido pun terbayang2 mcmn adli jatuh..walaupun mama tak nampak kejadian tu....bila mama tau adli jatuh...mama dah tak ingat apa dah..yang mama tau nak peluk anak mama...n nak pastikan tiada apa2 yang teruk berlaku pada ADLI....Ya Allah, jauhkan anakku dari perkara2 yang buruk....mama tak sanggup tengok anak mama sakit....
Mama cuci luka adli dengan dettol...ada beberapa area yang benjol...tapi dah surut...Alhamdulillah... (piccas from google)
Kejadian ini menjadikan mama untuk lebih berhati2 menjaga adli...tak boleh lepa n leka.....Adli, Semoga anak mama ni sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH....Amin...